Rintik IV : Hijab Dalam Diri


Ada alam dalam dirimu,

yang tidak dijelajahi kaki,

tidak disentuh tangan,

tapi hanya dibuka oleh kunci makrifat.


Hijab itu bukanlah kain,

tapi bayang-bayang keakuan yang menari

di antara cahaya Ilahi dan cermin hati.


Tatkala engkau berkata "Aku",

maka berdirilah hijab pertama.

Kerana tiada dua dalam Yang Esa.

Tiada engkau dan Dia,

melainkan yang satu meliputi yang fana.


Jiwa yang kotor bukan kerana debu dunia,

tetapi kerana menganggap diri ini pemilik.

Sedang yang hakiki hanyalah pinjaman,

dari yang tiada berpermulaan.


Wahai yang mencari,

bukalah hijabmu dengan fana,

dalam dzikir yang tenggelam,

dalam cinta yang tak bernama,

dalam mati yang hidup,

kerana hanya yang mati sebelum mati,

akan temui Yang Hidup tak bertepi.


Engkau bukan jasad,

bukan angan,

bukan suara yang bernada.

Engkau adalah rahsia yang terpenjara,

menunggu pecahnya hijab terakhir:

Ego.



Comments

Popular posts from this blog

Rintik II : Mazbah Ringgit

Rintik I : Sebuah Bayangan

Pengenalan